Monday, 28 December 2015

TRAVELLING LOG : ADAT RESAM MASYARAKAT IBAN , MIRING

Pada hari kelima saya berkampung di Nanga Entawau , pada malam 24 Disember sebelum mereka menyambut perayaan Christmas pada keesokan hari.Saya telah dibawa oleh bapa angkat ke sebuah tuai rumah yang akan melansungkan upacara miring.
 

Miring ialah upacara persembahan atau berdoa kepada tuhan(petara)bagi memberkati permintaan dan mendapat perlindungan daripada sesuatu ancaman.  Kini adat miring diadakan sebagai acara sambutan  pemimipin yang datang berkunjung ke rumah panjang.

Barang yang perlu disediakan untuk upacara miring
 Orang rumah atau pihak perempuan akan menyediakan segala bahan yang diminta oleh pihak lelaki untuk upacara ini . Barang yang digunakan pada malam tersebut ialah:                                
  • beras huma 8 mangkuk
  • telur 8 biji
  • sebatang rokok
  • daun sireh
  • pulut 8 suap
  • canai 8 keping 
  • seekor ayam   
 Jumlah 8 itu adalah bergantung kepada seramai mana penduduk yang berada di kampung pada waktu itu . Sekiranya lebih ramai maka miring 16 akan dilakukan


Susunan selepas semua bahan dicampur



No comments:

Post a Comment